Thursday 8 December 2011

IKAN SEMBILANG

ikan sembilang ke?? semilang ke?? ermm..mlm td suamiku bawa balik sekor je pun. tp yg besar. siap ada telur lagi. selamat dah dibuat gulai rempah buatan sendiri mcm selalu. sedap. masa dok masak tu..suamiku ckp laa..tgk laa kalau ada rezeki nanti bleh laa nak bg kat rumah kawan cik kiah yg jiran kami tu. hahahhahahahha...cer teka siapa?? hahhahaha. tp seingat cik kiah...kawan cik kiah tu mkn ikan semilang tu. suamiku siap suruh msg lagi tanya...mmg betul laa depa 1 family tak mkn semilang. tp keli..mkn pulak. pelikkan?? kawan cik kiah tu siap tanya...apa beza keli dan semilang??? so..hari ni cik kiah jln2 cari apa beza keli dan semilang...dan dpt ni...cer baca..
.......................................................................

Apa Perbezaan Ikan Keli dan Ikan Sembilang?

Salah satu makanan yang digemari di Malaysia ialah ikan keli dan ikan sembilang. Adakah ia ikan yang sama cuma panggilan sahaja yang berlainan? Jawapannya tidak. Ikan ni memang seakan-akan sama saja rupa kedua-duanya.
Antara resipi makanan yang biasa dimasak menggunakan ikan keli dan ikan sembilang ialah masak asam pedas, goreng cili atau sambal dan masak lemak cili padi. Semua makanan tu pedas-pedas belaka kan, ini adalah untuk menghilangkan baunya yang agak hanyir tapi masih menjadi makanan kegemaran orang-ramai.
Perbezaan di antara kedua-dua jenis makanan ini ialah:
  1. Ikan sembilang hidup di laut tapi ikan keli hidup dalam air tawar seperti sungai, kolam dan sawah.
  2. Ikan sembilang saiznya lebih besar dari ikan keli.
  3. Warna ikan keli lebih gelap berbanding dengan ikan sembilang.
  4. Ikan sembilang ada macam sirip atau duri kat belakang dia tapi ikan keli tak ada ni.
Ada apa-apa lagi yang anda tahu tentang perbezaan ikan keli dan ikan sembilang ni?
Betul ke ada orang kata ikan keli ni ada yang diternak dengan cara yang tak sesuai untuk dijadikan makanan? Ada 1 petua untuk mencari ikan keli yang bersih dan sesuai untuk dimakan iaitu belilah dari kampung-kampung atau pilihlah ikan keli yang kecil dan warnanya gelap. Ikan keli yang bersaiz besar ada banyak lemak kerana dibela dengan makanan yang kotor.
..........................................................................
pasal duri kat blkg tu...suamiku pun kata betul mcm tu..ikan semilang ada duri kat atas blkg bdn tu. bisa. tp ikan keli tak ada duri kat blkg tu. ermmm...cik kiah tak arif gak...cari lagi. tgk gmbr pulak...
.......................................................................

keli + sembilang = kembilang =..=

Salam ^^,
just nak inform , yang selama 2 hari berturut-turut mak AM masak lauk ikan keli !
tau ikan keli ? alaa ikan yang ada misai itu .. eh ?
keli ya anak-anak .. bukan sembilang ..

sedap tau . 
kakak AM cakap , rasa ikan ni rasa pasir =.=
dia pernah makan pasir kot

oh apa beza keli dengan sembilang ? nk tiok ? jum tiok .

 keli

keli jugak .. err .. sembilang ..


camne ni ? dua-dua dilahirkan dan dikurniakan misai masing2 .. 
bagaimana mahu bezakan ya ?

baiklah ! setakat yang AM google ya .. 
IKAN KELI - ikan air tawar
IKAN SEMBILANG - ikan air masin
..........................................................................................
lagi??
 
 yg atas tu ikan sembilang..kan ada duri kat blkg bdn dia tu....

yg ni ikan keli..
bg cik kiah...cik kiah suka laa ikan sembilang tu...sedap. buat gulai sdp..buat sambal pekat2 kering2 tu pun sedap...letak kuah lada pun sedap..letak kuah cabai melaka pun sedap. semua sdp..tp mesti yg segar laaa...dan berasal dr kawasan yg tak kotor. kalau berasal dr kawasan yg kotor contohnya dr kawasan berdekatan dgn pantai kat jambatan penang tu...ermmm..agak berbau laa...bau petrol. hahahahhaha. kesan pencemaran laaa kot.

No comments:

Post a Comment