Friday 29 July 2011

output..outcome

ahhahahahahha. tak paham menda pun...

adegan malam tadi

cik kiah ke tesco kat alma mlm td. suamiku terketar2 balik keja suruh siap nak pi tesco. sbbnya cik kiah pesan kat dia suruh beli mayonis nak buat sandwic telor utk potluck kat ofis..pdhal dia dah beli dah pun mayonis tu kat kedai. tp pulun gak ajak pi tesco. nak jln2 laa kot. sampai kat tesco..tak leh nak tolak troli pulak bila nampak rupa2nya ada bola. hahhahahahha. adeh! bleh terlupa ada bola. dia laaa...cik kiah ingat. tp sesaja buat2 lupa. hahahhahaha. buruk perangai kan. hahahhahah. kat tesco..terbeli pulak kasut baru kat anak2 ku. selamat. dah tu beli air ni...nak tgk hasilnya...


ini laaa hasil kerja zulaikha. dia cucuk semua botol. dah tu cucuk 2 straw. hahahahhahahhahahah. zulaikha dan yusuf. kdg2 cik kiah rasa takut sgt kalau2 kehilangan 2 makhluk kecik tu. skrg ni tak larat nak gelak tgk perangai depa. mcm2. zulaikha yg byk ckp tu. selalu ckp dia tu mcm dia laa yg kakak kpd yusuf. selalu arah2kan abg dia tu. kdg2 arahkan mak jang dia. hahahhahhaha. takutkan kalau tiba2 tuhan tarik balik apa yg kita ada ni. seriau. bleh gila dibuatnya.

ini pulak sandwic telor cik kiah buat pg2 td. subuh2 adam bgn buat sandwic ni. teringat masa mula2 pi SOGO kat kl dulu. sorang2. adegan sorang2 laa ni. lapar sgt. masa tu ada satu restoran kat bwh SOGO tu. ala western laa. pi laa nak order. tgk dlm list...cari yg paling murah..sandwic telor..rm4 lebih jugak. itu yg paling murah. time nak makan..tgk2 ala...telor rebus je..sampai rm4 lebih. sbr saja laa kan. skrg ni dah pandai dah buat sandwic ni. Morni ajar. intinya telor rebus didadu kecik2..campur buah tomato dgn bawang yg didadu kecik juga. campur mayonis dgn lada hitam...garam. kalau nak pedas lagi buh laa cili padi yg di dadu kecik2 gak. lepas tu buh kat roti...letak daun salad...buh butter kat roti. sedap dimakan. ubat gemuk tu. hahahhahhahhaha.

dah KALAH!!

ermm..tak laa rasa frust sgt pun malaysia kalah mlm td. bknnya apa...dgn 5-3 tu...beza 2 tu nak pulun. tp dah kalah pun ok...kalah dgn smgt yg tinggi. menyampah betul tgk itu singa...mengada2. eeeeeeeeeeeeeeeeeeee...ter 'over' ke cik kiah. apa2 pun ckp ni...rilex laaa..tak ada mendanya. bola je tu. hahhahahhahahahhaha.

Thursday 28 July 2011

KEK ZULAIKHA


td pi beli kek utk sambutan birthday kat sekolah utk zulaikha..tak byk pilihan yg ada. upin dah tak ada. yg ada pun ben10 dgn kek pompuan2 ni saja. ermmm...nak ambik ben10 kot mcm lelaki sgt laa kan..so ambik saja yg ni. rm44. harap rupa saja cantik kan...rasanya entah laa mcmana. lepas beli tu terus bawa balik rumah. simpan dlm peti sejuk. tak leh riuh2 kot sat lagi tak sempat sampai sekolah...selamat dikendurikan mlm nanti. hahhahahahhahah. lazat gak tu nampak. lapar kek laaa pulak. buruk lantak betul laa cik kiah skrg ni. baju pun byk dah tak muat. sbr saja laaa. makin berisi dgn lemak2 tepu kat badan ni. adeh! kot2 posa nanti bleh kurus kot...mana laa tau kan. tgk2 makin berisi lagi. mana laa tau kan. adeh! ada 1 pek serbuk kurus kat dlm beg tgn ni. farid bg sebelum dia pindah pi kulim lagi ni. tp tak makan pun. hahahhahaha. sbb takut keciritan laa pulak kan kalau mkn tu. syg harta benda yg dah telan tu..penat2 telan lepas tu buang. kesian kat makanan tu. hahahhahahha. alasan lg. kaya dgn alasan. masa nak mai ofis td nampak satu supermarket baru dah buka kat pekan alma. apa nama tah. apa jaya tah. tak ingat dah. tak rakam. hahahhahha. supermarket cina kot...sbb sebelah tu ada tempat makan dan minum yg ada logo arak besaaaaaaaaaar sgt. dah byk hari dah kakak cik kiah dok ckp...kawan2 dia kat LHDN tu dok bising2 ckp ada supermarket br buka kat alma. kami yg duduk kat alma pun tak sedar habaq lagi. tak tau apa pun. bgnan tu dulu kalau tak silap cik kiah adalah kilang. kilang apa tah laa. tp lepas tu depa jdkan tempat utk pekerja2 bangla duduk kat situ. jd mcm asrama utk bangla tu laa. ramai. tiap2 pg mesti nampak bangla2 tu duduk tunggu bas kat dpn tu. tak sangka pulak dah ubahsuai jd supermarket dgn jayanya. sesiapa yg lalu kat pekan alma tu boleh laaa singgah. kot2 murah. cik kiah pun tak sampai lagi kat situ. situ tu...jln apa ye...jln ke bukit minyak kot...

Wednesday 27 July 2011

mood hilang

asyik tak ada idea saja nak type apa kat dlm ni. nak jln2 tgk blog org lain pun mcm mls2 dah. rasa nak lena saja semedang. baloq liat betul laa 2 3 menjak ni. tolonnnnnnnnnnnn....

Tuesday 26 July 2011

tekanan dah

tekanan dah rasa ni... sbr saja laaa. knp nak rasa tertekan sgt? pg td cik kiah buat quiz kat budak2. math2. hampeh tul. soalan agak senang pun tak leh nak jwb. nak ngamuk betul rasa. terpaksa batal quiz tu dan re esok. meluat betul bila nak re re ni. re re ni maksudnya soalan pun kena re buat alaa. skema pun. leceh betul. tu yg angin satu badan dah ni. tp buat apa nak marah2 kan...ni laa cabaran mengajar org. hidup ni kalau tak ada cabaran tu..tak best gak kan. tgh hati ni dah angin2 sgt terus pi beli cheese cake. ni rasa ok sikit. kenyang. hahahhah. kenyang je ok laa. tujuannya pi kedai kek td bkn nak beli kek utk diri sendiri. tp ingat tu nak cari kek utk birthday zulaikha..jumaat ni mesti ada sambutan birthday kat sekolah dia. pi tgk kek td..kot2 ada yg comei. mmg ada pun. kek upin..kek princess..malas nak tempah2...sbb berat mulut nak ckp td. hhahahhaha. so kalau ditakdirkan kek tu tak ada esok...beli je laa kek yg ada strawberry kat atas tu. mesti zulaikha suka. dia tu...makanan je mesti suka punya. tak kisah. janji bleh mkn. spesis sama mcm mak dia gak. ahahhhahaahahhah.

Monday 25 July 2011

cincin tunang

tu adalah cincin tunang tak jd sepupu cik kiah. kisahnya..ada org cdgkan sorang cikgu kafa kat sepupu cik kiah ni..utk calon isteri. family sepupu cik kiah pun dah berkenan. siap dah jumpa dgn cikgu tu...dgn family dia. pas tu sepupu cik kiah pun bawa sikit duit bg kat mak cik kiah...mak sedara dia kan...suruh pi beli cincin. cdgnya ahad...semalam laa nak pi meminang. tgk2 tak jd. alasannya...kalau cerita pun mesti org gelak. baik tak yah cerita. senang ckp..sbb tak ada jodoh kan. bkn sbb cikgu tu atau sbb sepupu cik kiah. hahhahahah. mungkin sbb komunikasi yg tak ok kot. org yg jd perantara tu...mcm pelik sikit. last2 family sepupu cik kiah buat keputusan..tak payahlaa pi meminang. kita cari org lain. biasa laa..bab2 jodoh ni..tak leh mengejut2...kena slowly dan berhemah. nak cari jodoh bknnya senang. nak hidup dgn kita utk seumur hayat kita. payah gak tu. mencabar. ermm..tak dpt laa nak rasa nasi minyak sepupu cik kiah tu dlm masa terdekat ni. payah apa kan...potong bawang..halia..buh minyak,,,butter sikit..lepas tu tumis..buh air..biar mendidih...lepas tu buh beras. buh garam...gula sikit. letak daun pandan...jd laa nasi minyak. hahahhahahhah. kureng ye ayat cik kiah. hahhahahahhahha.

subang

sabtu br ni cik kiah bawa zulaikha pi tindik telinga. ingatkan mahal..rupa2nya rm8 saja. tgk sepupu2 cik kiah..anak dok baby lg pun dah bawa pi tindik telinga. syok gak adegan menindik ni. ingatkan zulaikha nak nangis dah. tp rilex je dia. dia kata sakit sikit saja. cantik gak dia pakai subang tu. nampak laa perempuan. balik rumah lepas tu...bising nak pakai inai. terpaksa laa suruh usman pi beli inai segera kat kedai. mls dah nak giling2 inai. ni laa hasilnya...
 siap suruh buat titik2 kat blkg tapak tgn tu lagi. hahahahhah. kecik2 pun pandai...jgn tak tau..

dah tu nak buh gak kat kaki. bersopiang..

yg ni lg teruk hasilnya. suruh buh kat tapak tgn..tp lepas tu tepuk tgn. geram betul. tp nama pun budak2 kan. biar laaa. lepas tu riuh laa dok tunjuk jari merah dia kat tok dgn wan dia. lagi adegan teruk lepas tu..ckp kat mak dia...mak2 adik nak pi ambik bunga kat luar. betul2 jd pavitra rishta dah laa anak aku ni. hahhahahhahah. subang...inai...siap dgn bunga lagi.

Friday 22 July 2011

buah kacang ketot

tau lagu ni?

buah kacang ketot
bilang satu satu
tidur adik tidur
takut burung hantu

burung hantu punai
bertelor dalam bakul
kera cabut semai
lutong dok menyangkul

arwah tok cik kiah dulu selalu nyanyi. tah apa maksudnya. tp bapa cik kiah selalu gelak lepas nyanyi lagu ni kat anak2 cik kiah. sbb dia kata...apa kaitan antara burung hantu punai dgn kera dan lutong tu...hahahhahahahha
siap ada punai tu yg tak tahan. ok laaa..serius ni...tak elok menguningkan otak. ok..tgk pulak kera dgn lutong. apa kaitan tu ya..ada ka kera cabut semai..lutong dok menyangkul. tak logik. mesti ada maksud tersirat. hahahahhaha..cuba bygkan org tgh cabut semai...mcm kera tak? sapa yg pernah tgk proses cabut semai mesti dpt byg mcmana. kena cabut dan sepak2 dgn kaki bg lumpur tu keluar dr semai padi. pantun org tua2. mesti tok2 dan wan2 yg cipta pantun ni tgh terseksa nak bagi tidur cucu..sementara tunggu mak2 dan ayah2 kpd cucu2 tu pi sawah. siap gambarkan lagi...mcm kera dgn lutong dok buat kerja kat sawah. hahahahhahahha.

tanda-tanda serangan sihir..

cik kiah jln2 td..terjumpa ini...

Jika anda mengalami salah satu dari tanda-tanda di bawah, anda berkemungkinan terkena sihir atau berpenyakit misteri !

i) Malas untuk melakukan rutin seharian /amal ibadat /pekerjaan.
Tiba-tiba anda malas melakukan kerja seharian yang anda biasa lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas untuk beribadat (seperti sembahyang, zikir, membaca al Quran). Hilang semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga /saudara terdekat.

ii) Tidak mampu untuk mengawal diri anda sendiri.
Anda tidak berkemampuan untuk mengawal diri anda, hilang kawalan dengan tiba-tiba (yang menyebabkan anda pengsan, histeria, mudah marah, tension, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu anda mengawalnya.

iii) Sentiasa alami gangguan semasa / sebelum tidur.
Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur. Alami mimpi yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum tidur.

iv) Dada / Jantung sentiasa berdebar-debar
Alami penyakit dada / jantung berdebar dengan tiba-tiba (anda tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh dikawal)

v) Hilang selera makan
Gangguan selera makan dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak.

vi) Masalah hubungan suami – isteri
Hubungan yang baik suami - isteri, tiba-tiba bermasalah. Rindu dengan suami / isteri bila berjauhan tetapi akan benci / sering bergaduh bila berjumpa / dirumah. Sentiasa bergaduh walau tiada sebab yang besar.

vii) Suka Bersendirian / Sedih
Anda sering berasa sedih, duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, berfikir untuk mati (membunuh diri), rasa seperti tidak berguna.

viii) Kesan lebam pada tubuh
Terdapat kesan lebam tanpa tahu puncanya. Kesan lebam ini terutamanya disekitar tangan, betis, lengan dan peha.

ix) Berasa tidak tenteram dirumah
Rasa seram, takut, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah

x) Ternampak / terdengar sesuatu yang pelik
Sering ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga untuk melakukan perkara pelik seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya meghasut untuk kearah perkara yang bersifat jahat, halusinasani dan sebagainya.

xi) Melihat / bermimpi binatang.
Melihat binatang berbisa seperti ular, kala jengking di dalam rumah. Bermimpi melihat binatang berbisa (ular, kala jengking), kucing, anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah, kematian yang pelik-pelik

xii) Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba.
Perniagaan yang berjalan baik tiba-tiba terganggu. Jualan menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai, kakitangan sentiasa bermasalah.

xiii) Terhidu bau pelik
Terhidu bau seperti darah, kemenyan, bau wangi tanpa diketahui puncanya.

knp tiba2 berminat bercerita pasal sihir ni...sbb..terpengaruh dgn keluarga sebelah suamiku. depa ni mmg agak pelik sikit dgn benda2 mcm ni. katanya dlm famili depa pernah dah 2 org yg terkena santau. santau ni katanya...suamiku laa dok cerita..kat tempat dia...katanya mmg ada pengamalnya. pengamal ni akan test power pada bulan2 tertentu utk memperkasakan ilmu santau dia. ermmmm...mcm tu. so kdg2 tak ada kena mengena dan tujuan pun seseorg tu boleh jugak terkena santau. tp selalunya santau ni ditujukan kat seseorg tu sbb bersebablaa kan. kdg2 betul mcm org tua2 kata..sbb mulut badan binasa. kdg2 kita tak sedar mulut kita mungkin telah terckp sesuatu yg menyakitkan hati org lain..dan org tu terasa hati sampai terniat nak berikan santau pulak kat kita. moga2 dijauhkan laa kan. so..apa nak buat kalau kita terasa diri mcm disihirkan ni...

JUMPA BOMOH ATAU BOHMAU?
hahahahhahhahahahha...ermmm

byk2 laaaaaa ingat kat Tuhan. itu yg penting.

cadar

syoknya tgk gambar kat atas tu. nampak lembut...romantik...sedapnya mata memandang. bestnya kalau dpt 1 set bilik mcm tu. bleh tak bangun tidur berhari2. landing time. ahhahahha. tp dgn 2 ketul anak2 lasak mcm yusuf dgn zulaikha...bleh ke nak tidur atas katil mcm tu? agak2nya bila laaaaa nak dpt landing atas katil mcm ni. org kata...rahsia kebahagiaan rumahtangga adalah terletak kat tempat tidur. sbb tu laa mak2 selalu nasihat..kena sentiasa jaga tempat tidur..jgn biar berselerak..tak berkemas...busuk...masam. nanti kot..suami cepat lari. hahhahahah. lari...lari kalau just utk kesihatan tu ok laa jugak. tp kalau lari ke pelukan org lain tu..kes parah gak tu. org ni mcm2 jenis gak..kdg2 amat menggemari hak milik org lain..terutamanya suami org. pelik betul. dah nama pun suami org...buat apa laa terhegeh2 nak jugak. lagi teruk kalau kes isteri org...nak sgt..kat suami org lain. itu lagi teruk. dah ada suami pun masih lagi terhegeh2...tergila2kan suami org. mcm2 kan dunia ni. ada tu sampai sanggup 'guna2kan' lagi sbb dah tergila2 sgt. tak faham betul. sebenarnya kita ni kena laa bersyukur atas apa yg kita ada. cukup2 laa apa yg kita ada ni dah laa kan...adeh! mata pun sudah mau terpejam. alangkah bestnya kalau dpt baring atas katil empuk mcm dlm gambar tu.

Thursday 21 July 2011

kenapa tak minta 44

kan baru2 ni keluar lagi tawaran utk minta 44. ramai kawan2 cik kiah yg minta. sampaikan yg ckp nak buat kelab org2 yg tak minta 44 sampai dpt sendiri 44 umur 44 nanti pun dah minta 44 juga baru2 ni. ermm..mula2 tu cik kiah mcm tak ingin gak nak minta. malas. lepas tu bila dgr cerita kawan2 cik kiah semua pakat minta...jd bersemangat pulak nak minta juga. dok plan laaa jugak nak minta. tgk farid pun semangat saja isi borang. tp akhirnya cik kiah tak jd minta juga. sbb..masa dok kalut2 org pakat isi borang tu..cik kiah dpt tau mak sedara tu sakit..kemudian pi ziarah dia...lepas tu tau dpt berita dia dah meninggal..lepas tu bila masuk kerja jd..tak bermaya. jd tak ada mood nak buat apa pun. mls layan semua benda. kelas pun dah mula masa tu. maka jd laa cik kiah mcm ayam berak kapur...tah laaa. tak dpt nak digambarkan. tgk je org lain bertungkus lumus sediakan folio. kawan2 cik kiah yg sama2 tak dpt dulu pun dah minta sekali lagi. org pun pakat tanya...minta tak? knp tak minta? entah laaa..mcm tak terbuka hati kot nak minta. adakah sbb dah frust dulu tu tak dpt...so kali ni mcm mls dah nak isi. tgk laa tahun dpn kot2 ada lagi tawaran...boleh laa nak isi. buat masa skrg..abaikan dulu. tarikh pun dah lepas. tak nak buat keja kalut2 dgn jiwa yg tak stabil. tak seronok.

soalan matematik

cik kiah jumpa ni kat blog member ni..mcm menarik...


Senario:

Sekarang si ibu 21 tahun lebih tua dari anaknya. 6 tahun kemudian,

umur ibunya adalah 5 kali ganda umur anaknya.



Soalan:

Bapanya sekarang berada di mana ?



Silakan berpikir dan menjawab secara ilmiah/matematik, sila buktikan

bahawa kamu punya kemampuan untuk berpikir secara wajar...
Siapa yg rasa dia terror matematik tu boleh cuba jawab.

nak tgk jawapannya boleh pi tgk kat blog kawan cik kiah ni....
 
http://azuonie.blogspot.com/

Wednesday 20 July 2011

kerja kita ke?

hahahhahahha. nak tergelak ni. knp nak tergelak? sbb nak gelakkan diri sendiri yg kdg2 terlupa nak buat kerja sendiri. tak sedar rupa2nya kerja sendiri byk lagi tak terbuat. yg dok buatnya adalah baca metro...tgk blog..buat soalan. sbr saja laa. tak pun kerja melangut usha org len. mcm org tak ada kerja. sbr saja laa. tau kerja teropong tgk kerja org len saja. tgk org tu buat kerja ke tak. pdhal kerja sendiri pun tak siap2 lagi. buruk perangai betul. siapa tu agaknya? hahhahahahha. cik kiah laa. siapa lagi...objek pemalas di dunia.

Tuesday 19 July 2011

kelas BTK

ermm..byk ermm...ermmm..dan ermmm lagi time masuk kelas BTK sat td. cik kiah ajar complex number sat td. sat tak sat laaa juga. 2 jam jugak td tu. siap bg latihan suruh buat. 3 keping latihan. agak byk laaa. dr gayanya mcm depa agak tak suka nak buat latihan tu. lepas tu mula laa cik kiah pun negatif thinking dah ni. menyampahnya rasa. semua tu 9 org saja. yg perempuan agak ok laa. mau jugak buat latihan. yg lelaki mcm pemalas..mls sgt2 gayanya. naik menyampah tgk. bknnya susah sgt pun soalan latihan tu. eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee........meluatnya tgk gaya. nasib baik yg perempuan tu agak ok. siap ada sampai duduk mcm ni...siapkan latihan.

kaki dah terangkat ke atas. takpa...janji mau buat latihan tu. hahhahahhahah.

lagu anak nabi kita

mcm2 lagu budak2 2 ketul tu dok balik nyanyi kat rumah. tp dlm byk2 lagu tu..lagu anak nabi kita ni yg wan dgn tok depa paling suka dgr. selalu dok suruh depa nyanyi. lepas tu gelak sakan laa tok dgn wan. sbb lawak. yusuf ok sikit nyanyi. agak betul. tp zulaikha...mak ai!! main redah saja. ikut suka hati. nak dgr?? 

kena dgr betul2 sebutan dia...anak nabi kita ada 7 org tu semua betul...qasim, abdullah, ibrahim, patimah...jenab, umi kalsom...siti Norkiah. hahahahhahahhaha. sepatutnya siti rokiah...tp jd siti Norkiah. hahahahhahaha. sbr saja laaa.

Monday 18 July 2011

sakit mata

adeh! mood makin menurun. hahahahhahaha. semedang mood menurun..takde masanya mood makin menaik. hhahahhahah. tak menarik betul hari ni. hari ni yg tak menarik atau cik kiah ni yg sememangnya tak menarik?? hahahhahah. well. angin agak tak ok kot. dah byk hari berangin je rasa bdn ni. mcm nak period...tp tak period pun. org pompuan. kalau berangin je mesti dikaitkan dgn masalah period. si suami mesti kata...angin bulan sudah mari. hahhahahhahah. tp kan...mmg lumrah alam kot...semulajd org pompuan ni suka berangin dan emosional. ermmm..sbb apa rasa tak menarik tak best tak ok hari ni? pertamanya sbb letih kan weekend br ni...aktiviti wajib balik kg. so bila balik ke sini...bdn pun rasa letih sgt. keduanya...mungkin sbb persekitaran..rasanya cik kiah dpt hidu sesuatu ni...but..jgn risau. tak merbahaya utk kesihatan. sebenarnya kita ni kena sentiasa berfikiran positif..sekali pun ada racun kat dpn kita..kita kena laa anggap benda tu madu...baik utk kesihatan. madu pun byk jenis tau...ada gak madu yg tak baik kesihatan...ada ke? ada...ish! ish! betul laaa..dah weng dah ni. hahhahhahah.

birthday zulaikha

semalam...17 julai birthday zulaikha. dah 3 tahun dah minah ni skrg. tp cik kiah tak buat jamuan apa2 pun kat dia. mak dia pemalas. hhahhahahhah. malas nak siapkan apa2. kalau buat kat adik..nanti kesian kat abg pulak. baik tak yah buat langsung. yg penting..siapkan duit beli kek utk dia join jamuan kat sekolah nanti. si chubby ni..skrg ni...
dan semalam ada gak kakak cik kiah ambik gmbr terkini dia tgh main dgn baby aung (anak2 baby chik). jenuh. dia mmg pencinta haiwan. hahahhahahha. tp yg cik kiah paling suka ttg zulaikha adalah tiap2 kali nak buat apa2 mesti mai minta izin mak dia. hahhahahahah. kisahnya ptg semalam..ayah dia dok cuci kereta kat luar...dia mai ckp...mak..adik nak mandi kat luar boleh dak? cik kiah angguk..pi laa..tgk2 bila dia pi kat luar...ayah dia marah tak bg mandi. apa lagi...nangis laaa..mak bg mandi...tp ayah tak bg mandi pulak. lepas tu..nak ikut sepupu dia pulak pi rumah m.ngah dia..masuk minta izin jugak. tanya...mak2..adik nak ikut kak tah pi rumah m.ngah boleh dak? ikut laaa.. sama gak kalau jumpa makanan kat mana2...tanya mak..mak2...boleh mkn dak? elok lagi dak? kalau mak angguk kata boleh mkn...br dia ambik dan makan. mak cik kiah pun terperasan jugak dgn perangai dia yg apa2 pun kena tanya dan minta izin mak dia dulu. walaupun tak manja sgt dgn mak dia...tp izin mak dia tu penting tu.

Sunday 17 July 2011

buat donat lagi

sbb menjadi sgt2 donat tu..so hari ni balik yan..try buat pulak kat sini. hahahhahahha. kononnya nak tunjuk handal laa kan. bapa cik kiah suka makan rupanya. dia kata sedap. lembut. dia tanya...hang buh apa..rasa mcm kentang. hahhahahahahah. syok laa buat bila ada yg suka makan. kali cik kiah ikut resepi dia betul2. masukkan telur. ikut betul2. tak menyalahgunakan resepi dah. siap betul2 menjadi donat. tak ada sosej dah. hahhahahahha. sedap. cik kiah pun makan gak..tp cicah dgn gulai ikan tenggiri yg semalam punya. terleleh. sedap. sbb donat tu lembut. terima kasih laa kak min..resepi yg amat2 sedap

Friday 15 July 2011

masalah orang bukan masalah kita

kadang2 ada gak jenis org yg suka menyesakkan kepala otak dgn masalah orang. buat penat otak. masa cik kiah pi kursus kaunseling hari tu..ada gak penceramah tu ckp...selalunya kaunselor tak akan menjadikan masalah org tu sbg masalah dia. masalah org tu tak ada mempengaruhi kehidupan kaunselor. ermm..mcm kita dlm kehidupan ni...kdg2 ada jugak kawan2 atau sedara mara yg bermasalah dtg jumpa kita utk mengadu masalah masing2. bg cik kiah...kita boleh mendengar...memberikan pendapat dan nasihat kalau diminta...tp kita tak boleh masuk campur secara langsung utk menyelesaikan masalah org lain. jgn ambik buh dlm kepala otak kita lama2. takut nanti membahayakan pemikiran kita pulak. kita kena pandai membezakan yg mana lebih utama. patutnya yg kena diutamakan adalah masalah kita sendiri. betul tak? knp ckp pasai masalah ni? sbb...cik kiah pernah tgk...org yg suka ambik tau masalah org lain..suka ambik buh dlm kepala otak dia...dok tolong fikir pulak. pdhal itu bkn masalah dia pun. lepas tu jd angin satu badan. rasa tertekan sbb risau dok fikir masalah org. lepas tu habis semua org sekeliling dia kena tempias. apahal kan? tak logik betul. berpada2 laa nak ambik fikir benda apa pun. menyampah betul dgn org yg mcm ni.

anak manja mak

anak manja cik kiah ni...dia yg sulung tu..tp manja mengalahkan si adik. selalu nak berkepit dgn mak. nak peluk mak...tgn tu keja menjalar saja kat bdn mak dia. selalu nak kiss mak dia. siap kiss kat dua2 pipi..kat dahi...kat dagu. memang manja cap ayam. nak tgk bukti? hahhahahahha

adik dia tak manja mcm ni sgt. berdikari sikit drpd abg dia. tp adik agak manja dan rapat dgn ayah. kadang2 rimas gak bila time penat2 balik keja tp nak melilit mcm ni. geli rasa. hahahhahahahaha. masa dok tgk tv ni...boleh mai dok rapat2 pegang muka mak dia..lepas tu tanya..mak syg abg tak? hahahhahahhah. sbr saja laaaaa. romantik betul.

Thursday 14 July 2011

resepi donat

teringat resepi yg kak min bg..br ptg td cik kiah berjaya buat. sebelum ni tak sempat nak buat. tp ptg td tu dah ubah suai sikit. sebenarnya sbb terlupa letak telur..sib baik menjadi jugak. lembut laaa. sedap di makan. cik kiah ubah suah..letak sosej kat tgh..then gulun2 dgn doh donat tu. sedap. anak2 suka. tp malangnya tgk2 td masing2 dah korek ambik sosej saja. hahahhahahah. betul laaa kak min kata...tepung tu lembut. sedap. suamiku siap ckp..ha boleh laa buat jual kalau sedap mcm ni. siap dok kira budget brp ni utk buat donat tu. ahhahahahahaha. sbb apa tau...sbb sebelum2 ni cik kiah buat donat asyik tak menjadi saja. mungkin kali ni dia rasa agak kagum kot dgn bini dia ni. hahahhahahha. kagum. pi raaaaaaaaaaah!!. hahahhahahahha. tp serius ckp...wlpun terlupa letak telur...tp tetap lembut. apakah sbbnya?? tah laa. ada gak cik kiah buat bulat2 saja..cadang tu..pagi esok nak bgn awal...nak masak sardin sikit. lepas tu belah donat bulat tu..letak sardin sbg inti kat tgh. wah! wah! bab makan ni mmg cik kiah sentiasa handal utk jdkan ia sedap. sentiasa handal utk jdkan perut ni makin buncit. ermmm...hari ni dah ok sikit dgn suamiku. dah berhari2 dah berangin saja dgn dia. dah laa kes tak nak pergi ziarah arwah mak tam..tp hari ni alhamdulillah...semakin ok. dia pun mau berlawak sakan dah. tak laa buat muka tin kemek saja. hahhahahahha. itu laa org ckp..suami isteri ni payah nak duga. kadang2 tgk..berkelahi pumpang..pumpang...tp mlm2 itu juga yg dipeluk. pelikkan. hahhahahhaha. sedangkan lidah lagi tergigit...

Wednesday 13 July 2011

tinggal kenangan

kalau ikutkan hati...entahlaa. susah nak ckp. cuma boleh sedekah al fatihah utk arwah mak tam. utk sepupu2 cik kiah...nak minta maaf byk2 sbb tak dpt ke sana. harap depa faham. situasinya..payah laa nak ckp bila dah ada suami dan anak2. cuma yg boleh ckp...ada masanya kita boleh buat kat org mcm2...dan ada masanya tuhan tu akan balas balik setiap perbuatan kita tu. so, kena sentiasa beringat atas setiap perbuatan kita. ini masa cik kiah menangis2 nak ke sana tgk arwah mak tam..tak tiba lagi masa dia pulak nak tgk sedara mara dia. hanya tuhan je yg boleh membalasnya. akan ada masanya. :(
cik kiah berdendam ke? ermmm...entah laa nak ckp mcmana. masa ipar dia meninggal kerana kanser dulu..kami tgh2 mlm ke grik. bermalam kat sana. masa tu cik kiah dgn baby kecik..si yusuf. masa ipar dia tgh sakit pun kami pernah ke sana melawat. ermm..tp time cik kiah..dia ckp mcm2 alasan. biar laa kan. tak guna mengungkit..sbb arwah pun dah selamat dikebumikan. mak tam...jenis yg sentiasa prihatin..teringat masa kenduri cik kiah dulu...dia balik dgn anak2..buat laksa. semua dah tinggal kenangan. masa kenduri along kat kelantan..dia ikut serta...sbg org tua. tiba2 time dia meninggal..kami tak pergi ziarah pun. menangis semalaman dah. tp menangis pun tak guna. org tak faham. tak pa laaa. ini time cik kiah menangis mcm ni...nak tgk bila tiba time dia pulak nanti. semua org tak akan menongkat langit..ada ke yg hidup seribu tahun?? apa laaa...cik kiah ni. ingat kat tuhan. tuhan tu ada.

Tuesday 12 July 2011

yg meninggalkan kita...

cik kiah tgh sedih...sebenarnya br mlm td balik dr pahang pi tgk mak sedara sakit tenat kat sana. perjalanan yg jauh menyebabkan hari ni terkelepek masing2 keletihan. tgk2 ptg td dpt call dia dah meninggal. erm...terkedu. ayat kakak cik kiah...kalau kita tau..tak yah balik lg kan. sbr saja laaa. senang laa kalau awal2 lg tau dah nak meninggal bila. rasa nak tampar je mulut dia. bengong betul. ikutkan hati cik kiah ni...lepas dpt tau juga rasa nak terbang je pi sana. tp apakan daya. rasa mcm2 ni. entah laa sbb apa. bapa cik kiah cuma ada 3 beradik saja. bila tgk2 balik semasa berkumpul masa mak tam tgh sakit tu..rasa sgt..keciknya famili kami. mak tam pulak..pada mata cik kiah..seorang yg sgt baik. selalu melayan kami kalau kami ke rumah dia. jauh tu. sampai phg tu. kalau laa suami ku nak pi tgk dia..mmg ikutkan hati mcm nak paksa dia pi juga. sbb bapa cik kiah tak bg kalau cik kiah yg bawa keta jauh2. dia tak harap. tp sebelum kawin dulu tu ok je..dia bg je cik kiah bawa keta jauh2. adeh! tekanan betul. famili cik kiah ygg lain2 semua pi naik bas. bapa cik kiah pun naik bas juga. mak cik kiah yg dok letih2 tu tak nak pi kalau dgn bas. dia selalu ckp kot nanti..org mai ngadap aku pulak. ermm..dia kata kalau cik kiah pi..dia akan ikut..tu pun dgn keta. dia tak mau naik bas. entah laaaaaaa nak kata mcmana. serba tak kena nak fikir ni. benda jauh. esok pulak kelas dah start dah. haiyaaaaaaaaaaaa...serba salahnya. bapa cik kiah ckp..tak pa laaa..hang dah jumpa dah dgn dia masa dia sakit kuat. ermmm..tu lain...ni yg last kita jumpa..lepas ni dah tak ada dah dia...sbr saja laa kan. rasa nak melimpah2 dah air mata ni. tp dok kontrol mata ni...

Friday 8 July 2011

khas utk farid

ermm..cik kiah nak cerita pasal farid...seorang kawan yg biliknya kat dpn meja cik kiah. kawan yg cukup prihatin...ada byk sgt kenangan yg lawak2 dgn dia. kenangan dgn PFS3483..knp ingat sgt dgn number tu? sbb iras2 number keta cik kiah..83 kat blkg tu. hahahhahah. ok laaa..nak tgk gmbr farid?? ni gmbr lama.
ni cik kiah dan farid...dah nak pindah pi kulim dah pun. sunyi laa kami nanti. kalau tak..kalau boring2 je mesti pi jln2 ke bilik dia...lepak2...sembang2. lepas tu terus cerah bijik mata. hahhahahhahah. farid ni..handal math..otak clear. masa sama2 ambik ptk dulu...dia lulus dgn jayanya..cik kiah pulak berkali2 ambik tu pun tak dpt 4. bengong betul. padahal..masa study tu sama2..siap dia ajak mai laa study dgn dia. kongsi buku yg sama. tp dia lulus dgn jayanya. ermmm..dah otak handal. cik kiah ni otak cap ayam je. hahahhahahah. well...selalu gak dia jd tempat merujuk utk sbrg masalah..masalah math lagi laa kan. wajib tanya dia. hahahhahahha. ok..meh tgk gmbr yg lagi menarik. mesti nak tergelak kalau org2 dlm gmbr ni tgk...minta maaf ye...letak tanpa kebenaran. hahahhahahhah.
ni gambar masa kenduri kawin dia. pengantin yg paling ayu...serius ni ckp...farid masa hari kenduri tu mmg nampak berseri2..ayu betul. manis je nampak. seri pengantin kot. perhatian ye...yg baju biru tu dah kawin dah masa tu...tp mcm anak dara kan...comei...slim. yg tak kawin lg tu semua yg disebelah kiri pengantin...yg 'bulat' tu. hahahhahahha. ada lagi ni...sat naaa...sure farid marah tgk gmbr ni....

kat pelamin. hahhahahhahahahhahah. nak gelak panjang2 ni. utk farid...semua kenangan tu indah2 belaka. tak ada satu pun kenangan yg buruk2 dgn farid. kenangan bawa balik kereta baru dgn adegan 'mati katak'...amat2 menarik. dgn kenangan pi makan nasi kat rumah farid...dgn kenangan lepat pisang...sedap tu. tp perhatian ye...tu semua buatan mak farid. hahahahhahah. yg farid pandai buat...buat lawak...buat puding belang2. yg tu paling sedap laa kalau dia buat. hahhahahhaha. ok farid...semoga seronok kerja kat tempat baru. jgn lupakan kami kat sini...

RPP

RPP? JPP? MPP..PP? apa benda tu. hahahhahhahaha. byk betul P yg muncul dlm kehidupan cik kiah. tp dlm byk2 P yg muncul tu..P yg paling penting adalah lesen P. lama gak P tu melekat kat keta. hahahhahahha. Ok laa. pasal RPP. asalnya RMS. RMS tu benda? semua tu hanya melecehkan kerja saja. cik kiah tak suka sgt. tp dah org suruh buat. cik kiah pulak?? kalau sempat buat...kalau rasa maleh...tak sempat tu..lagi2 laa maleh nak buat. hhahhahahaha. itu ckp org malas tu. biar laa dulu RPP tu. leceh. skrg ni cik kiah tgh pulun dok buat soalan utk penuhkan part cik kiah utk BA301 dan BA201. ni br dlm proses buat skema jwpan utk end of chapter utk topic pertama BA201. alaaaaaaaaa..complex number..nak muntah dah tgk complex number ni. sebenarnya apa yg cik kiah nak cerita ni. sat...sat...ni ttg L, M dan H. L tu utk Low..M tu Medium...H tu High level utk soalan yg dibuat. bagus ada LMH ni...sbb nisbahnya adalah 5:3:2. kalau 10 soalan ...ada 5 soalan yg peringkat Low..yg senang2 yang sememangnya student sure boleh jwb. kalau tak leh jwb gak tu...tandanya selalu ponteng kelas laa tu. 3 pulak soalan peringkat medium dan 2 soalan je yg susah...yg agak2 student tak leh nak jwb dgn jayanya. soalan mencabar laaa. so potensi utk lulus tu kiranya 50% laaa. tp dgr katanya...pihak atasan dah tak nak dah konsep LMH ni. leceh kot. tah laa. org atasan ni lagi handal fikir. cik kiah menurut perintah je. tp apa salahnya kan kalau sendiri2 dlm kelas dok praktikkan LMH soalan ni. utk kepentingan student kita jugak kan...itu just pendapat cik kiah je tu...tak leh pakai tu... :)

Wednesday 6 July 2011

kisah ptg semalam

ini adegan ambil anak kat MPSP. masa kat dpn pintu Graduan kecik lagi..ada sorang lelaki mai nak ambik anak juga. Yusuf tgk dia dan tanya...

Yusuf: mak...mak..tu ayah sapa tu mak?
Cik kiah: tak tau laaa. mana mak tau
Yusuf: Abg rasa tu ayah darwisha
Cik Kiah: mana abg tau tu ayah darwisha
Yusuf: sbb muka dia sama mcm darwisha

jln2 lagi...sampai laa kat dpn kantin MPSP pulak..kat situ ada byk meja bulat dan kerusi

Zulaikha: meja penantin kan mak ni?
Cik kiah: bkn laaa..
Yusuf: Meja kenduri kan mak kan
Zulaikha: bkn laaa...meja penantin
Cik kiah: bkn laaa..tu meja jamuan tu..uncle buat jamuan.

Kesimpulan:
budak2 ni...ada saja benda dlm pemikiran depa yg kita tak bleh nak agak. contohnya mcm yusuf kata lelaki tu ayah darwisha...mcmana dia bleh kaitkan wajah org tu dgn darwisha...pelikkan. dia dlm proses mengenal laa kotkan. mengenalpasti. sama mcm zulaikha...nampak meja bulat buh lapik merah2..siap dgn kerusi...mesti dia ingat meja pengantin laa kan. sbb selalu pi rumah kenduri kan ada meja pengantin utk adegan makan. itu laaa yg dia tau pun.

lepas adegan kat MPSP tu..adegan keriau sakan laa pulak dlm keta. yusuf ajak pi beli keta kecik kat kedai minyak. pulun2 ni ajak pi kedai minyak. nak keta kecik. sbr saja laaa. mak dia dah berdenyut2 pala dah. hahhahahhahah.

warna kegemaran

cik kiah mmg suka pakai baju kaler terang2 mcm merah, oren, kuning terang...sbb apa ye...sbb kaler tu tak nampak cepat kelabu. kalau kaler2 semulajd kelabu tu...nanti cepat jd amat2 kelabu laaa pulak. ada kawan cik kiah pernah dgn selambanya mengutuk org lain memakai baju kaler kuning sami. cik kiah mcm pelik sbb dia tak perasan ke yg cik kiah selama ni pun mmg selalu pakai baju2 yg kaler2 terang2 mcm tu. ermmm. biar laa..dia ada mulut nak ckp. hahahhahah. sebenarnya kaler kegemaran cik kiah bkn laaa yg terang2 mcm tu. sebenarnya cik kiah suka kaler coklat..atau kuning yg mcm coklat2 lembut sikit, kaler pink lembut pun cik kiah suka jugak. kaler yg cik kiah agak rimas dan tak berapa nak bleh pakai adalah kaler biru dan hijau. lagi teruk kalau hijau tu ala2 parti politik ke arah kebaikan tu. adeh! bkn tak suka sgt...tp rasa mcmana tah. sama gak dgn biru ke arah parti penimbang tu. tolong laaaa. rimas betul. hahhahahahah

Tuesday 5 July 2011

suami siapa ni?

Tuesday, July 5, 2011

Gol Aidil : Top 10 Goals of the Week

Satu laman web telah menyenaraikan gol Aidil Zafuan ketika menentang Taiwan tempoh hari antara gol yang paling menarik dalam minggu ini. setakat catatan ini ditulis Aidil mendapat 98 % undian (3226 undi) mengatasi 9 penjaring gol cantik yang lain. Memang pun gol Aidil bertaraf dunia, tahniah Aidil. Komen-komen yang diberikan juga agak menakutkan....sila baca sendiri...

10 gol tercantik...


ini cik kiah dpt dr blog http://nurazizul.blogspot.com/2011/07/gol-aidil-top-10-goals-of-week.html...
tp kan..sebenar2nya...hhahahahhaha..cik kiah tak pasti ni adil zafuan tu suami siapa? konfius. hahhahahahhaha. nak tau gak..adakah suami siapa tu yg menyebabkan dia berjaya menjaringkan gol yg amat2 menarik. hahhahahhahah. adakah ada kaitan? sbr saja laa kan dgn cik kiah ni. tah apa2. hahahhahahha.

poli kulim

td cik kiah teman org ke poli kulim. hantar borang dh44. ermmm...ramai ni pakat2 minta dh44. cik kiah pula? entahlaaa labu. rasa mcm tak bersemangat saja nak minta. ok laa..jgn difikirkan sgt....
td tak pi jln2 pun dlm tu. cuma pi kat admin dan lepak kat sofa ni. adeh!! nampak mcm empuk gila. mmg empuk laaa kalau duduk. tp kalau dah duduk lama2 mesti teringin gak nak sandar. tgk2 tak sampai ke tengkok pun kat blkg sofa tu. lenguh laaa pula. kalau nak lepak lama2 kena tongkat dgn tgn laa kepala kita. hhahahhahaha. ini utk kawan2 cik kiah yg tgh survey nak beli sofa baru tu...jgn laa beli yg mcm ni. lenguh leher tak leh nak sandar penuh. sbr saja laaa. tahap empuk tu mmg menarik laa.

Monday 4 July 2011

OTAK KUNING

br2 ni cik kiah balik kampung. masa kami sampai kat rumah mak cik kiah...kawan bapa cik kiah yg rabun agak kritikal tu ada kat rumah dok sembang2 kat pondok dpn rumah. dia rabun..bapa cik kiah pula tak berapa nak dgr sgt telinga dia. elok laa tu...depa selalu dok kata..sorang pekak..sorang rabun. ermm..masa kami sampai tu depa tgh dok sembang2 pasal apa lagi...berita kuning laaa. bkn kuning 18sx tu. tp kuning yg sabtu ni. katanya ramai gak yg dah dpt t shirt kuning. org bagi. org tu bg kat org yg muda2 hingga laa kat umur dlm 50an mcm tu. yg warga emas mcm bapa cik kiah dan kawan dia tu tak dpt laaa. so cik kiah pun saja laa pi menempek dgr depa sembang apa. katanya nak buat besar2an..siap disediakan bas utk yg sesiapa yg join sabtu nanti. hebat gak kan. ermmm...cik kiah tak pernah pulak dgr cerita sampai sedia bas dah tu bg t shirt free kat org ramai. hebat laa tu namanya. dpt duit dari mana ye? pelikkan. mahal gak tu kalau kita nak agak2 kosnya. dah tu kawan bapa cik kiah kata...buat laa..hangpa org muda2 ni tak pernah rasa lagi mcmana peritnya dok dlm keadaaan darurat mcm tahun 1969 dulu tu. ermmm...buat laa dia kata..kalau nak rasa. aku ni dah siap beli beras byk2..beli sardin..kot2 laa jd mcm dulu tu. siap sedia. agak sedih laa dgr dia ckp mcm tu. ye laaa. kita ni yg muda2 ni dah terbiasa hidup agak selesa tak mcm org tua2 skrg ni yg pernah lalui zaman penjajah..zaman negara nak merdeka..zaman dilanda masalah politik mcm tahun 1969 dulu tu. masa tu susah...katanya masing2 pentingkan jenis bangsa. memberontak sampaikan bakar terus rumah2 org bangsa lain. kehidupan susah sgt. skrg ni bila kita lihat sekeliling kita...payah kita nak katakan individu tu benar2 org susah atau tak. nak kata susah...tp tgk dlm rumah ada tv 29inci. nak kata susah tp kurang2 pun ada motor kat depan rumah. susah ke kalau dah sampai mampu beli tv? beli motor? ermmm. teringat masa cik kiah kanak2 dulu..kalau ke kedai...kedai makan ke kedai runcit ke...mesti ada kanak2..dlm umur 10 tahun tu yg jd pembantu kat kedai. tolong cuci pinggan...tolong angkat barang. skrg ni ada? tak ada dah. yg ada pun makcik indon yg dok jd pembantu kedai. yg melayunya ke mana? semua dah hidup senang dah kot...tak yah laa dah jd kuli mcm tu. sedihkan. cuba kita renungkan balik.

masa baby

saja2 ni teringat masa anak2 cik kiah masih bayi. kdg2 cik kiah amat2 suka tgk anak2 cik kiah time depa tgh lena. teringat masa depa bayi..ni gambar zulaikha...
bulatnya. sampai skrg pun dok membulat mcm ni jugak laa...sbb dia ni spesis sama mcm mak dia..mcm tong sampah..bg je apa pun..bleh je telan. hahahhahhaha.
besar sikit...bulat lagi...

wajah org banjar...hahahhahhahhaha
muka nakal...amat2 nakal minah ni...

itu adik...meh tgk abg pulak...
mamu...hidung besar. hahahhahha. mai mana tah mamu ni...

mamu ni ada hidung besar..mulut besar..mata besar. cuma skrg ni mamu ni makin kurus kering. kalau peluk dia masa tidur...lg laa terasa tulang2 kat badan. sbb dia ni manja..mkn nak org suap. memilih...sayur cuma makan togeh je..yg lain2 tak suka.

semasa masih bergigi depan..hahahhahah. rambut pun ala2 comel je..kerinting. skrg ni dah tak ada dah. asyik nak buat rambut pacak je. tp tahap pacak tu payah laa nak menjd sbb spesis kerinting ni..mana nak pacak lama2 sgt. hahhahahah
dah besar dah anak mak ni. memory dia agak kuat. dan dia akan ingat peristiwa yg lama2 yg kdg2 kita pun dah lupa dah. bahaya budak2 ni. selalunya skrg ni dia akan tgk buku ke apa dan tanya...mak ni ular ni english dia...org panggil apa mak...mak dia pun jwb..snake. mak...ni kereta ni...english dia org panggil apa mak...mak dia pun jwb...car. mcm2 benda laa..mak dia akan jd kamus bergerak.

game bodoh2..

apa perasaan cik kiah skrg? boring...ngantuk...nak lena. hahahahhahha. 24 jam ngantuk kalau tanya kat cik kiah. pg td saje layan game ni..
asalnya game ni yusuf beli dgn ayah dia. mcm kotak siap dgn gambar ultramen. lepas tu tah mana hilang ultramen tu dah skrg ni. togel je..tinggal benda ni je dah la ni. cara main..picit yg bawah tu utk bg ada gelembung udara yg dpt tolak benda bulat2 tu supaya masuk kat tiang tu. pg td cik kiah berjaya masukkan hampir semua benda bulat tu. yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....berjaya. hahhahahahhahah. mcm laa payah sgt gamenya kan. hahahhahahha.

Friday 1 July 2011

nurse balik

nurse yg kat putrajaya tu balik kampung baru2 ni. pulun laa kami dari BM ni balik nak tgk dia. gigih ni. lg pun adik2 rindu kat dia. keja dok sebut saja. org dah dpt gaji..nak tgk apa yg dia beli..mak dak dia pun tak ada benda ni tau. jaki betul tgk...
i phone. ish! ish! jakinya. tgk gaji..rasanya mcm kurang lagi dr pensarah ni. tp tgk hanphone..terleleh. haahhahhahahha. wanita mengandung tu happy sakan laa dpt balik kampung. due bulan 10 ni tp tgk perut..comei je. rasanya perut cik kiah yg tak mengandung ni lagi buncit dr perut dia. tak nampak sgt pun kebuncitannya. tp ok laaa. suka tgk dia happy. siap beli peti sejuk, dapur, kipas anggin kat mak dia. mak mana? mak dia laa. mak dia? ye laaaa mak dia. hahahhahah.

kursus kaunseling lagi...

2 hari cik kiah masuk kursus asas kaunseling. ada dpt apa2? ada kut. ada laa jugak yg melekat kat hati ni. tp kebanyakkan masanya cik kiah dan ahli kumpulan byk buat aktiviti mewarna. ahhahahhahahha. ada kaitan ke? hahahhahahha. ada org bg 2 kotak kaler..so kami keja laa mewarna apa2 saja yg ada kat meja..nak tgk? hahahhahaha.

 ini adalah logo kami. tak menarik. sbbnya masing2 tak ada idea. last2 timbul adea gmbr dua tgn..mcm nak membantu laaa dgn kasih syg..kan ada love to kan...tp kaunselor tu siap tanya tgn tu dok pegang perut ke? hahhahhahha. nampak mcm dok pegang perut yg buncit kan...sbr saja laaa.


 farid...

 tgk laa hasil lukisan kat dpn zakiah...

 tgk..ada bakat rupanya...hhahahhah.

 buat sendiri tu...kreatif kan. kiranya tak ada masalah laa kalau terpaksa jd cikgu kelas seni. hahhahahhahha.

nak jd org kulim dah.....